Mengambil Nyawa
Definisi :
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), "mengambil" ditakrifkan sebagai memegang sesuatu serta membawanya pergi. Manakala, nyawa pula bermaksud roh yang menghidupkan manusia. Oleh itu, mengambil nyawa bermaksud nyawa seseorang tersebut diambil atau dihabiskan. Contohnya, melakukan perbuatan atau tindakan yang menamatkan riwayat seseorang sama ada secara sukarela atau bukan sukarela. Misalnya, bagi sukarela adalah bergantung kepada pesakit tersebut sama ada dia rela untuk menamatkan nyawanya iaitu diistilahkan sebagai Euthanasia rela. Menurut Farahwahida et. al ( 2013) Euthanasia ialah perbuatan yang mengakhiri riawayat pesakit mengikut permintaannya atau kehendak keluarga bagi meringankan kesakitan dan penderitaan pesakit. Namun, bagi yang bukan sukarela pula sama ada keputusan tersebut adalah daripada pihak keluarga untuk menamatkan nyawa ahli keluarga yang sakit. Perbuatan ini juga berlaku melalui tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab serta berperikemanusiaan untuk menamatkan hidup seseorang.
Jenis-jenis Mengambil Nyawa:
1. Hukuman Mati
o Menurut Razman (2020), dilihat dari sejarah peradaban manusia, hukuman mati telah dijatuhkan atas pelbagai jenayah. Sebagai contoh, Undang-undang dan Peraturan Melaka biasanya menetapkan hukuman mati untuk kesalahan membunuh.
o Dalam buku agama, hal yang sama berlaku untuk hukuman mati bagi jenayah berat. Sebagai contoh, dalam Islam, hukuman Qisas ditetapkan untuk kejahatan pembunuhan, salah satunya adalah hukuman mati (Qisas dapat didefinisikan sebagai hukum pembalasan atas kejahatan yang dilakukan).
o Di Malaysia, dianggarkan 930 tahanan akan dijatuhi hukuman mati pada tahun 2012, dan jumlah ini meningkat menjadi 1.278 pada tahun 2019. Orang-orang ini melakukan semua jenis kesalahan jenayah dan tidak hanya menumpukan pada pembunuhan.
Sumber Berita Harian (22 Januari 2021)
Menurut Amir Mamat (2021), Darsan, Sethu dan Raja Segaran didapati bersalah membunuh rakan mereka, S Kumar, 41, di Rumah Pangsa Batu Berendam, Melaka Tengah, pada jam antara 5 petang hingga 7 malam, 5 Januari 2021 yang lalu.
Sumber: Merdeka (2020)
Menurut Yan Muhardiansyah (2020), Pada hari Rabu (22 Januari 2020), dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Medan (PN), lima orang kurir dijatuhi hukuman mati kerana mengambil bahagian dalam penghantaran narkotik di Medan. Mereka dihukum kerana mengatur, menerima dan menyerahkan puluhan kilogram ganja.
2. Bunuh Diri
Tindakan membunuh diri ini dikaitkan dengan kesihatan mental seseorang. Oleh itu, individu yang melakukan perbuatan seperti ini adalah seseorang yang mempunyai masalah mental. Masalah ini tidak memandang usia, jantina, bangsa, dan sesiapa sahaja boleh menghadapi masalah kesihatan mental (Wan Azizah, 2019). Bunuh diri boleh ditakrifkan sebagai tindakan yang menghabiskan nyawanya sendiri dengan tanggapan bahawa masalah dapat diselesaikan (Hong Kok Pan, 2018). Manakala, menurut Akmal (2019), bunuh diri adalah kelakuan spontan yang muncul disebabkan individu itu tidak mampu mengawal emosi, berputus asa dan menganggap kehidupannya tidak berguna lagi untuk diteruskan.
Faktor-faktor
1. Gangguan bipolar
Individu yang mengalami gangguan bipolar mengalami perubahan perasaan yang sangat dramatik. Sebagai contoh, walaupun sebelum ini dia gembira dan sangat bersemangat, dia mungkin tiba-tiba merasa sedih atau tidak bersemangat. Sekiranya tidak dirawat, individu yang mengalami gangguan bipolar berisiko tinggi untuk membunuh diri.
2. Kemurungan yang teruk
Individu yang mengalami kemurungan teruk juga berisiko tinggi membunuh diri. Keadaan ini biasanya muncul akibat daripada perasaan mudah berputus asa, kemurungan, kurangnya semangat untuk melakukan aktiviti harian atau kehilangan minat dan motivasi dalam hidup. Gejala-gejala ini mungkin muncul tanpa sebab yang jelas.
3. Anorexia nervosa
Pesakit dengan anoreksia nervosa selalu merasa gemuk. Oleh itu mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan berat badan, termasuk penggunaan ubat yang berlebihan dan berisiko mengalami dos berlebihan (overdose). Angka bunuh diri pesakit dengan gangguan makan ini tinggi, terutama di kalangan wanita remaja.
4. Borderline Personality Disorders (BPD)
Pesakit dengan gangguan BPD ini adalah tidak stabil secara emosi dan kadangkala mengalami kesukaran untuk bersosial. Orang dengan penyakit ini biasanya mempunyai sejarah gangguan seksual pada masa kecil mereka dan mempunyai risiko bunuh diri yang lebih tinggi.
5. Skizofrenia
Individu yang mengalami skizofrenia dicirikan sebagai seseorang yang suka berhalusinasi, paranoia atau kesukaran mempercayai orang lain, tingkah laku yang tidak normal, dan pemahaman atau kepercayaan terhadap perkara yang tidak semestinya benar. Dianggarkan bahawa sekitar 5% individu dengan penyakit mental ini cenderung untuk membunuh diri.
6. Gangguan ketagihan
Ketagihan adalah gangguan tingkah laku yang menyebabkan seseorang menjadi sangat bergantung terhadap perkara-perkara tertentu, seperti rokok, minuman beralkohol atau dadah. Selain itu, gangguan ini juga boleh menjadi kecanduan terhadap aktiviti tertentu, seperti ketagihan membeli-belah, bermain permainan, melakukan hubungan seks atau berjudi. Individu yang mengalami masalah ini mempunyai risiko bunuh diri yang lebih tinggi.
o Tanda-tanda bunuh diri Orang yang mempunyai kecenderungan bunuh diri dapat melihat atau menunjukkan tanda-tanda berikut:
Langkah-langkah Mengatasi
Berdasarkan Andrew Mohanraj (2018), terdapat lima langkah yang boleh diambil untuk membantu seseorang yang kita kenali berniat untuk mengambil nyawanya sendiri:
Statistik kes bunuh diri di Malaysia, menunjukkan lonjakkan sebanyak 20 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.
Berdasarkan statistik di atas menunjukkan bahawa kes bunuh diri di Jepun meningkat untuk pertama kalinya dalam 11 tahun. Jepun terkenal dengan bilangan kes bunuh diri tertinggi di dunia. Selama dekad terakhir, ia telah berjaya mengurangkan kadar bunuh diri sekitar satu per tiga. Namun, kes tersebut meningkat sebanyak 22,199 berbanding tahun lalu. Hal ini kemungkinan berpunca daripada pandemik Corona Virus (COVID-19) yang melanda seluruh negara menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Manakala, bagi remaja mereka cenderung kepada tekanan pendidikan, terutama dalam pembelajaran norma baharu, menyebabkan mereka mengalami tekanan dan kesukaran untuk memantapkan pencapaian mereka dalam akademik.
3. Pengguguran Bayi
Pengguguran menurut Kamus Dewan (2016) adalah daripada perkataan “gugur” yang mempunyai pelbagai maksud antaranya jatuh sebelum masak, luruh, buang atau hilang. Dalam konteks ini, pengguguran merupakan suatu tindakan tertentu, secara langsung atau melalui media peralatan, dengan tujuan untuk membuang atau mengeluarkan janin atau bayi dari rahim wanitadibunuh dengan sengaja atau tidak sengaja sebelum usia kandungan 20 minggu (Makiah, Abdul Mukti dan Isam, 2012).
Faktor-faktor:
Tidak Dikehendaki Dalam Perancangan Keluarga.
1. Ingin menangguhkan kelahiran anak
- Anak terakhir terlalu muda.
- Ingin menangguhkan untuk mempunyai anak.
2. Tidak memerlukan pertambahan bilangan anak
- Kegagalan kontraseptif yang dialami.
- Sudah mempunyai anak yang cukup.
- Tidak mahu mempunyai anak.
3. Melahirkan merosakkan pendidikan atau pekerjaan
- Merasakan bahawa kerjaya harus ditetapkan sebelum melahirkan.
- Akan mempengaruhi pencapaian akademik.
- Mempunyai bayi akan mengubah hidup yang tidak diingini.
4. Tidak mampu menanggung penjagaan
- Tidak mempunyai kewangan yang stabil buat masa kini untuk menanggung seorang anak.
- Belum bersedia untuk menjalankan tugas sebagai ibu.
Kehamilan Remaja
1. Terdapat masalah hubungan
- Mempunyai masalah dengan suami atau pasangan.
- Suami atau pasangan tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mengingini anak.
- Remaja tidak mahu menjadi ibu tunggal.
- Tidak mampu mengenalpasti ayah kepada anak tersebut.
- Mempercayai bahawa sebelum mempunyai anak harus mengalami alam perkahwinan.
2. Terlalu muda untuk menjadi ibu atau tidak biasa dengan kehamilan
- Terlalu muda untuk mempunyai anak.
- Ibu bapa tidak mahu anak perempuan yang masih remaja mempunyai anak.
- Remaja tidak mahu ibu bapa atau orang lain tahu tentang kehamilannya, kerana takut dimarahi serta dipandang songsang oleh masyarakat sekeliling.
3. Kesihatan ibu atau janin
- Mempunyai tujuan kesihatan.
- Kemungkinan besar berlaku kecacatan pada janin.
4. Lain-lain
- Merupakan mangsa rogol atau sumbang mahram.
Kesan Pengugguran menurut Harlina Harlizah (2012):
Fizikal
1. Pangkal rahim mengalami koyakkan
2. Rahim tertembus
3. Mengalami pendarahan yang sangat teruk dan boleh menyebabkan kematian
4. Berlaku jangkitan pada organ pembiakan
5. Berisiko untuk mengalami kemandulan
6. Kematian juga berlaku akibat kesan bius, pendarahan yang tidak berhenti dan jangkitan yang tidak terkawal.
Mental
Menurut Ahmad Farid (2020), seorang wanita yang pernah melakukan pengguguran akan menghidapi emosi yang negatif, antaranya:
1. Sentiasa menyalahkan diri sendiri dan mempunyai perasaan malu
2. Perasaan menyesal menguasai diri
3. Mengalami anxiety disorder
4. Sentiasa marah pada diri kerana melakukan perkara yang melampaui batas
5. Mengalami gangguan pemakanan, iaitu hilang selera makan.
6. Mempunyai isu perhubungan, iaitu tidak mempercayai lelaki. Hal ini kerana trauma pernah ditinggalkan pasangan yang enggan bertanggungjawab, menyebabkan pengguguran dilakukan.
7. Tidak berminat untuk melakukan hubungan seksual
8. Mengalami kemurungan terutama sekali bagi remaja di bawah umur, sehingga menyebabkan berlakunya kes bunuh diri.
Isu Berkaitan Dengan Pengguguran Secara Paksaan
Pengguguran secara paksaan ini telah menimbulkan banyak perbahasan dan perhatian daripada pelbagai pihak, kerana tindakan tersebut melibatkan aspek berikut:
1. Etika
2. Akhlak
3. Agama
4. Undang-undang
5. Nyawa
Menurut Harlina Harlizah (2012), terdapat pendapat masyarakat mengenai pengguguran secara paksa yang tergolong dalam dua kategori. Antaranya, kumpulan yang memilih pengguguran menyokong pengguguran, kerana pengguguran merupakan keputusan wanita itu sendiri. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa wanita mempunyai hak kebebasan terhadap tubuh badan mereka sendiri. Kumpulan anti-pengguguran pula berbeza, mereka menentang pengguguran kerana percaya bahawa pengguguran itu kejam, dan membunuh janin yang mempunyai hak untuk hidup.
Sumber: Athirah Huda (2020)
Sumber: Sinar Harian (2020)
Berdasarkan isu di atas wanita-wanita di Argentina menuntut hak pengguguran bayi, iaitu menjadikan perbuatan menggugurkan janin di negara tersebut sah di sisi undang-undang. Hal ini demikian kerana, mereka ingin masyarakat menerima tindakan berikut. Golongan ini berpendapat bahawa wanita mempunyai hak untuk mengawal tubuh mereka masing-masing, dan tidak memerlukan pandangan orang lain bagi meneruskan kehidupan mereka.
4. Pembuangan Bayi
Menurut Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi bermaksud menamatkan proses kehamilan sebelum dilahirkan (manusia mengambil masa sembilan bulan) menyebabkan kemusnahan kepada janin. Beliau menyatakan bahawa membuang bayi ini adalah suatu perbuatan yang kejam dan jahat yang boleh dianggap sebagai jenayah serius. Beliau memberitahu, sekiranya seorang wanita itu bersalin tidak mengikut kaedah yang betul (lahir sendiri tanpa pertolongan), ia akan memberi kesan negatif kepada ibu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), perkataan “buang” bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Manakala, “bayi” pula bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Oleh itu, dapat disimpulkan makna pembuangan bayi, iaitu tindakan yang mencampakkan atau menghapuskan anak kecil tanpa ada sifat berperikemanusiaan ke merata-rata tempat. Dalam konteks ini, bayi yang dibuang mempunyai dua nasib sama ada dijumpai hidup atau tidak bernyawa lagi.
Faktor-faktor
1. Kurang didikan dan kefahaman agama
o Kekurangan pendidikan agama, yang menjadi panduan untuk kehidupan anak muda menyebabkan mereka kehilangan arah dalam hidup dan seterusnya mengambil bahagian di dalam gejala negatif, seperti pergaulan bebas. Penglibatan belia dalam gejala interaksi bebas antara lelaki dan wanita adalah suatu hubungan yang tidak wajar. Ini menyebabkan remaja perempuan hamil sebelum mempunyai hubungan yang sah. Dalam kes ini, remaja yang telah kehilangan kepercayaan agama mereka tidak akan ragu-ragu untuk membuang dan meninggalkan anak-anak mereka selepas melahirkan. lebih teruk lagi keadaan, apabila sebilangan remaja membunuh dan membakar bayi mereka semata-mata mahu menyingkirkan bukti yang disebabkan oleh sumbang mahram yang dilakukan.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
o Rakan yang negatif tanpa ragu-ragu mempengaruhi rakannya untuk melakukan perkara di luar norma agama dan sosial. Contohnya, pergi ke tempat hiburan, merokok, melepak, dan bersosial dengan bebas antara lelaki dan wanita dan sebagainya. Oleh itu, remaja akanjatuh ke dalam jurang negatif, melakukan hubungan seks secara rawak tanpa ragu-ragu, dan akhirnya mengetahui bahawa dia hamil. Tanpa pilihan Untuk mengelakkan harga diri dan keluarga, mereka harus membuang bayi tersebut.
3. Sikap Masyarakat
o Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang lahir anak luar nikah. Hal ini menyebabkan tekanan kepada remaja perempuan sehingga menyebabkan pembuangan bayi berlaku. Perkara ini berlaku kerana remaja takut maruah keluarganya tercalar dan dipandang serong oleh masyarakat di sekelilingnya.
4. Sikap Ingin Tahu Remaja
o Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka suka mencuba benda-benda yan baharu, terutama sekali benda yang dilarang. Hal ini demikian kerana remaja mempunyai pemikiran, iaitu mereka merasa diri matang jika mereka lakukan benda yang belum diterokai oleh orang lain. Sikap ini menjurus kepada tingkah laku yang di luar batas menyebabkan remaja berfikiran bahawa ia merupakan suatu keseronokan.
Kesan
1. Meragut nyawa bayi yang tidak berdosa
2. Ibu kepada bayi tersebut akan mengalami masalah dari fizikal iaitu jangkitan kuman, kehilangan darah yang banyak dan berlaku kecederaan, akibat daripada proses melahirkan tanpa bantuan pakar.
3. Ibu tersebut juga akan mengalami trauma, kemurungan dan kehilangan keyakinan diri.
4. Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan, iaitu ibu bapa saling menyalahkan antara satu sama lain kerana gagal mendidik anak dengan baik.
Langkah Mengatasi
1. Peranan Ibu bapa
o Ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Bukan itu sahaja, rakan sebaya tersebut belum tentu membawanya ke arah yang positif.
2. Peranan Sekolah
o Menurut Karen Yong (2007), berpendapat bahawa pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif iaitu dengan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah atau IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah aspek penting dalam strategi pencegahan dan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial.
3. Pencegahan Sebelum Berlaku
o Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat perlu memainkan peranan dengan bekerjasama membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti “Pencegahan Pergaulan Bebas”. Strategi jangka panjang ini mampu mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Sumber: Norhamiza (2015)
Sumber: Nuzuluddin (2021)
Sumber: Bernama (2019)
Sumber: Phucket News (2019)
Berdasarkan berita di atas, bayi yang baru dilahirkan dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa terbengkalai di sebelah lagun di belakang kem pekerja di Cherng Talay, Thailand pada awal pagi ahad (29 September 2019).
Berdasarkan perbincangan di atas, isu-isu mengambil nyawa ini bermula daripada masalah mental seseorang. Contohnya, apabila seseorang mengalami tekanan, stress dan kemurungan mereka akan melakukan tindakan yang melampaui batas sehingga melibatkan nyawa. Hal ini berlaku akibat masalah mental yang menyebabkan tingkah laku tidak terkawal. Merujuk isu yang telah dibincangkan apabila seseorang mempunyai masalah mental mereka akan melakukan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan, seperti melakukan pengguguran, pembuangan bayi, membunuh orang dan bunuh diri. Perkara ini berlaku disebabkan mereka tidak mampu berfikir mana yang baik dan buruk, malah ada yang mengetahui perbuatan itu salah tetapi tetap melakukannya demi kepentingan diri sendiri.
Membantu saya untuk mengetahui isu-isu semasaπ
BalasPadamTerima kasih kerana sudi ke blog kami π semoga dapat membantu!
PadamInfo2 yg dinyatakan sangat membantu sayaπ
BalasPadamTerima kasih kerana sudi ke blog kami π syukur ia dapat membantu anda!
Padaminfo yang sangat membantu
BalasPadamTerima kasih kerana sudi ke blog kami π semoga terus berjaya!
PadamIlustrasi dan berita yang sangat menarik!
BalasPadamTerima kasih kerana sudi ke blog kami πππ»
PadamInfo menarik ! Terima kasih kerana berkongsi ♥️
BalasPadamTerima kasih atas komen tersebut ♥️
PadamBnyk maklumat saya peroleh, terima kasih!
BalasPadamTerima kasih kerana sudi ke blog kami π semoga terus berjaya!
Padamππ
BalasPadamTerima kasih !ππ»
PadamTerbaikkkkk!!!ππ»✨ππ»✨ππ»✨ππ»✨ππ»✨ππ»
BalasPadamTerima kasih kerana telah meluangkan masa anda untuk ke blog kami!π
PadamTerima kasih atas infonya πππ
BalasPadamTerima kasih kerana sudi ke blog kami π semoga terus berjaya!
PadamBagus²ππ
BalasPadamTerima kasih !π
PadamPenyampaian yang sangat baik π€
BalasPadamTerima kasih !π semoga bermanfaat π
PadamIlmu yang bermanfaatπ
BalasPadamKomen dari kakak kitaaa π Terima kasih yaaa hehehe
PadamPerkongsian yang baikk ! disusun dengan cantik, confirm yang buat ni mesti cantik kan hahaha
BalasPadamHAHAHA terima kasihh Joel!!!!π€£
Padam