ISU: SEKSUALITI

 Seksualiti:




Pengenalan

                    Seksualiti merupakan topik yang sangat sensitif untuk dibincangkan oleh kebanyakan orang terutama sekali masyarakat di bahagian timur. Oleh itu, segala informasi yang diperolehi adalah dirujuk daripada bahan maklumat berkaitan seksualiti ini dikaji oleh pendidik, pakar kesihatan, wakil agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO). 
                     Seksualiti bukan sahaja berkaitan dengan masalah gejala sosial seperti seks bebas atau sumbang mahram. Namun, ia juga berkaitan dengan perbuatan yang mencabul hak peribadi seseorang atau bahagian sensitif seperti rogol dan ancaman pedofilia. Tambahan pula, isu LGBTQ juga merupakan sebahagian daripada topik seksualiti kerana terlibat dengan kekeliruan berkaitan dengan jantina sendiri. Oleh itu, segala maklumat berkaitan topik ini telah dibincangkan di bawah:


Apa itu Seksualiti?



Konsep 3R Seksualiti


 Right: 


o Setiap individu berhak untuk mendapatkan informarsi yang betul mengenai seksualiti.

o Anda mempunyai hak untuk membuat keputusan yang tidak membawa sebarang masalah kepada diri sendiri dan orang lain.

o Anda mempunyai hak untuk mendapat bantuan perkhidmatan kesihatan.


 Respect:

o Menghormati hak diri sendiri, ibu bapa, keluarga, teman istimewa/pasangan, rakan sebaya dan masyarakat.



 Responsibility: 


o Setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan komuniti.

o Bertanggungjawab untuk mencapai potensi dan perkembangan diri.

o Bertanggungjawab untuk  mengelakkan kerosakan diri.



Secara umum faktor Isu Seksualiti boleh dikatakan seperti berikut:


o Kurang Didikan Agama: Tidak menghiraukan ajaran agama dan tidak dapat mengenal pasti hal baik dan buruk. 


o Masalah Keluarga: Remaja yang kurang perhatian ibu bapa akan lebih cenderung untuk terlibat dengan isu seksualiti. Selain itu, ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak dan ibu bapa tidak mempedulikan anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja.


o Pengaruh Media Elektronik: Media elektronik dan Internet yang tiada had menyebabkan remaja lebih mudah mendapatkan video-video atau gambar-gambar lucah. Selain itu, internet yang tiada tapis menyebabkan remaja mudah melayari laman web yang berunsur pornografi.


o Pengaruh Rakan Sebaya: Salah memilih rakan. Takut dikatakan ketinggalan zaman kerana tidak “update” dengan perkara-perkara terkini. Sebagai contoh, pergi ke kelab malam, menonton video lucah, minum arkohol dan sebagainya.



Kesan-kesan Isu Seksualiti:


Langkah Mengatasi:


Peranan Ibu Bapa: Meluangkan masa dengan mengetahui aktiviti seharian anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengetahui dan mengenal rakan anak. Selain itu, gerak-geri anak-anak bersama rakan mereka juga perlu diawasi dan ibu bepa perlu memberi teguran sekiranya kelakuan anak-anak melebihi batas. Ibu bapa juga perlu menjadi teladan atau “role model” yang baik kepada anak-anak agar anak-anak tidak melawan serta menyalahkan ibu bapa kerana anak-anak sering mempunyai jiwa yang suka memberontak.


Pendidikan Agama: Mempunyai didikan agama yang mencukupi. Hal ini kerana, jika perkara ini diterapkan sejak kecil akan menjadikan anak-anak tahu membezakan perkara baik dan buruk.


Peranan Pihak Sekolah: Memperkenalkan Pendidikan seks di sekolah agar pelajar dapat diberi kesedaran. Dengan ini, pelajar wanita akan lebih menjaga kehormatan dan tidak mendedahkan diri kepada perkara yang boleh menyebabkan jenayah seksualiti.


Peranan Masyarakat: Perlu lebih prihatin dengan keadaan sekeliling serta menjaga masyarakat yang bertanggungjawab.


Peranan Negara: Mengetatkan serta menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan juga perlu memasang banyak iklan tentang isu seksual dan memasang lampu-lampu di kawasan gelap dan lorong-lorong kecil.


Memberi pendidikan agama yang mencukupi: Didikan agama adalah sangat penting bagi setiap individu agar dapat membezakan perkara baik dan buruk.


Media elektronik dan kemudahan Internet: Melalui kedua-dua ini, memudahkan remaja untuk menonton atau menyimpan gambar lucah. Dan jika dibiarkan akan menyebabkan kes rogol kerana individu tersebut tidak dapat mengawal diri.


Contoh Isu Seksualiti:


1.Rogol:

o Tindakan atau serangan seksual dimana penyerang memaksa mangsa untuk bersetubuh dengannya. 


Sumber: Norizuan Shamsuddin (2019)


Perbuatan ini dilakukan apabila pemangsa tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Oleh itu, mereka sanggup melakukan tindakan merogol untuk memuaskan kehendak. Namun, tindakan tersebut dilakukan terhadap seseorang yang tidak mahu melakukan hubungan intim. Isu-isu ini sering berlaku kepada remaja atau kanak-kanak perempuan. Setiap tahun terdapat berita yang menggemparkan berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum akil baligh, perkara ini akan menggangu remaja dari aspek emosi dan fizikal. Isu ini berlaku akibat kekurangan moral dalam diri individu, kerana bagi mereka perkara tersebut betul dan merupakan kehendak mangsa. Hal ini perlu ditangani dengan mempergiatkan lagi kempen atau mengumpul suara orang ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, melalui media massa.

2. Pedofilia

o Pedofilia merupakan gangguan psikiatrik dimana orang dewasa mahupun orang tua mempunyai tarikan atau perasaan seksual terhadap kanak-kanak yang belum atau baru sahaja memasuki fasa akil baligh.


Sumber: Berita Harian (2016)

Masalah ini berlaku apabila orang dewasa mempunyai keinginan untuk bersama kanak-kanak yang dibawah umur. Perbuatan ini sangat menakutkan kerana mengeksploitasi kanak-kanak. Oleh itu, isu ini sangat diambil berat kerana ia akan menganggu emosi anak kecil iaitu trauma akibat pelecehan seksual yang dilakukan oleh seorang dewasa. Hal ini akan mengundang kepada masalah mental apabila mereka besar. 


3. LGBT



Sumber: www.coleman.edu


- Menurut Irsyad (2019),  LGBTQ ialah golongan yang masih keliru terhadap identiti mereka sendiri  terutama sekali terhadap jantina.


- Kebanyakan golongan transeksual berfikiran bahawa mereka terperangkap dalam fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka.  Hal ini menyebabkan individu tidak dapat menerima jantinanya dan sanggup melakukan pembedahan.


- LGBT juga merupakan golongan yang  mengalami penyakit psikiatri atas faktor kecelaruan pemikiran yang dihadapi. 


Sumber: Harakah Daily (2021)



Isu Dan Masalah


- Di Malaysia, masalah isu transgender dianggap sebagai fenomena rumit kerana melibatkan pelbagai faktor, termasuk masalah biologi, psikologi, persekitaran dan sosial.


- Secara umumnya, pandangan masyarakat mengenai kelompok transeksual ini menjurus kepada lelaki yang mempunyai sifat perempuan atau perempuan yang bersifat seperti lelaki, sering dikaitkan dengan homoseksualiti iaitu lesbian atau gay.


- Kajian kumpulan LGBT mendapati bahawa 65%  transgender menjadikan pelacuran sebagai salah satu sumber utama pendapatan. 25% daripadanya mengambil bahagian dalam kelab malam dan lain-lain, sementara hanya sekitar 10% yang tidak menyertai atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut.


Golongan yang terlibat dengan LGBT terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu:


 1. Individu yang memerlukan bantuan melalui rawatan daripada pakar psikiatri 


 2. Golongan yang berjuang menyokong dan menuntut hak asasi manusia golongan LGBTQ.


Kesan:


1.Individu


Kebolehan dan kelebihan pada diri tidak diiktiraf oleh orang di sekeliling. Hal ini demikian kerana individu yang terlibat dalam golongan LGBTQ  tidak disokong oleh majoriti rakyat Malaysia. Agama Islam merupakan agama rasmi. Oleh itu, tingkah laku seperti ini adalah dilarang kerana melanggar hukum agama. Setiap agama mengajar umatnya untuk melakukan perkara yang tidak menyumbang kepada maksiat, dan perlu bersyukur dengan ciptaan tuhan. Hal ini kerana perbuatan menukar jantina adalah perbuatan yang haram. Selain itu, penyakit wabak seperti AIDS, HIV, dan pelbagai penyakit kelamin boleh berlaku akibat daripada hubungan sejenis atau seks rambang.


2.Kekeluargaan


Pihak keluarga akan berasa kecewa kerana perbuatan anak-anak mereka adalah cerminan diri ibu bapa. Oleh itu, akan timbul rasa bersalah dalam kalangan ibu bapa yang berasa gagal dalam mendidik anak sendiri ke arah yang positif. Seterusnya, keharmonian dalam institusi keluarga terganggu kerana perbuatan seorang anak yang melampaui batas agama. Hal ini menyebabkan nama baik dan meruah keluarga tercemar.


3.Masyarakat

Keruntuhan akhlak dan mencerminkan kemunduran masyarakat. Golongan LGBTQ mempengaruhi generasi muda masa kini untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Hal ini menyebabkan individu tersebut cenderung melakukan perkara yang tidak sepatutnya tanpa berfikir baik dan buruk tingkah laku tersebut. Misalnya, apabila golongan-golongan LGBT mengadakan protes untuk menuntut hak mereka terutama sekali di luar negara, menyebabkan generasi muda yang sentiasa mencuba benda baharu cepat terpengaruh. Oleh itu, bagi mereka ia merupakan perbuatan yang normal.


Langkah Mengatasi


Menurut Irsyad (2019), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 telah menetapkan  hukuman-hukuman bagi setiap kesalahan Syariah yang melibatkan isu LGBT seperti pelacuran, lelaki bertingkah laku seperti perempuan, melakukan maksiat dan sebagainya. Bagaimanapun, mahkamah akan menjatuhi hukuman kepada golongan LGBT yang melakukan kesalahan jenayah berkenaan setelah dikemukakan bukti keterangan lengkap.


Pelan Tindakan Menyantuni Golongan LGBT:


1. Merangka modul berdasarkan pendekatan agama, iaitu berteraskan kepada al-Quran dan al-Hadith untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan kepada golongan-golongan yang terlibat dengan berusaha memberi bimbingan dan panduan serta penyantunan kepada golongan LGBT. 


2. Mengadakan program dakwah yang merupakan satu usaha menyantuni golongan tersebut dengan  kerjasama agensi melibatkan Kerajaan dan NGO.


3. Bahagian Dakwah dan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah perlu bergerak secara bersepadu dan terancang dalam usaha membimbing dan mengembalikan golongan ini kepada kehidupan fitrah dan kembali menjalani kehidupan yang lebih sejahtera selari dengan tuntutan syariat. 


4. Mendekati kumpulan LGBT yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan


Sumber: News Wires (2021)


Berdasarkan berita di atas, empat orang ditangkap kerana menggambarkan lambang paling suci Islam dengan gambar bendera pelangi LGBT semasa melakukan tunjuk perasaan di Universiti Bogazici Istanbul. Hal ini berlaku apabila Erdogan memberi ucapan mengenai komuniti LGBT, menyebabkan golongan tersebut melakukan demonstrasi.


Isu ini timbul akibat pengaruh daripada masyarakat yang sanggup mempertahankan perkara yang haram berbanding dengan agama. Hal ini demikian kerana sikap masyarakat yang telah terpengaruh dengan ajakan orang ramai, iaitu menyokong komuniti LGBTQ sebagai sebahagian kehidupan sosial yang normal. Walaubagaimanapun, tingkah laku ini adalah salah dari segi ajaran agama, kerana Tuhan telah menciptakan Adam dan Hawa untuk bersatu. Manakala, lelaki dan perempuan diciptakan berbeza dari segi sifatnya. Oleh itu, perbuatan yang mengubah ciptaan Tuhan adalah haram atau tidak munasabah kerana Tuhan telah menentukan identiti kita sejak dalam kandungan.

Ulasan

  1. Penerangan yang sangat jelas πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi ke blog kami 😊😍

      Padam
  2. Paparan yang menarik! πŸ‘

    BalasPadam
  3. Sangat updatedπŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  4. info yang sangat memberi manfaatπŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi ke blog kami 😊 syukur ia dapat membantu anda!

      Padam
  5. Banyak maklumat yang bermanfaat saya dapat lepas baca tahniah! πŸ˜πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi ke blog kami 😊 syukur ia bermanfaat bagi anda!

      Padam
  6. Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi ke blog kami 😊 semoga maklumat tersebut dapat membantu anda!

      Padam
  7. Pengetahuan yang sangat jelaas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi ke blog kami 😊 syukur ia dapat membantu anda!

      Padam
  8. Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi ke blog kami 😊 ♥️

      Padam
  9. Terbaikkk!!! πŸ‘πŸ»✨πŸ‘πŸ»✨πŸ‘πŸ»✨πŸ‘πŸ»✨πŸ‘πŸ»✨

    BalasPadam
  10. Sangattt baikkk bermanfaat!

    BalasPadam

Catat Ulasan